Sejarah Sekolah

SEJARAH SMK GUAR PERAHU

1978    Y.B Datuk Hj Mohd Noor membuat cadangan dalam mesyuarat agung UMNO cawangan Guar Perahu dan  memohon Kementerian  Pendidikan pada kaetika itu mendirikan sekolah menengah di sini.

1980   Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah mengenalpasti sebidang tanah untuk tapak sekolah. Walau bagaimanapun pihak tuan tanah telah membuka lot untuk dijual sebelum sempat tanah itu diambil oleh Pejabat Daerah. Namun Pegawai Daerah dan Penghulu mukim telah menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli tanah lot tersebut kerana tanah tersebut akan diambil oleh kerajaan untuk dijadikan tapak sekolah.

1980    Sekolah yang mennelan belanja hamper RM 2.7 juta ini didirikan atas tapak tersebut.

1989  Seramai 330 pelajar mendaftar untuk sesi pertama persekolahan ini berbanding 780 orang sekarang.  Jika dahulu seramai 10.3% pelajarnya adalah kaum Cina dan India sekarang pelajarnya adalah 100% bumiputera.

1990   Bangunan SMK Guar Perahu mula digunakan setelah menumpang di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu.

2/2/91  SMKGP telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan iaitu Datuk  dan  Anwar bin Ibrahim.

1992    Bangunan Asrama Desa mula dibina.

1994    Asrama Desa mula digunakan.

1998    Projek pembinaan surau mula dijalankan.

1999    Surau siap dibina sepenuhnya dan mula digunakan.  Projek pembinaan Blok D dimulakan.

2000    Blok D siap dibina sepenuhnya.

2002    Pembinaan Dewan SMK Guar Perahu dan rumah warden dimulakan.

Julai 03 Dewan SMK Guar Perahu dirasmikan dan dinamakan Dewan Ibnu Sina. Rumah warden mula             diduduki.

2006    Pembinaan dewan gymnasium dimulakan

2007    Dewan Gimnasium dirasmikan dan mula digunakan.

Mei 07  Bilik operasi Kelab Usahawan Muda dirasmikan dan mula digunakan

2009  Gelanggang Petanque siap untuk digunakan. Gelanggang futsal mula beroperasi dan boleh digunakan.  Astaka sukan juga siap digunakan,



MAKLUMAT MANTAN PENGETUA


Senarai Pengetua yang berkhidmat di SMK Guar Perahu sehingga kini.


SENARAI PENGETUA SMK GUAR PERAHU


1. Tuan Haji Ahmad Bin Abd. Kadir                   (16/11/1990 - 02/02/1995)

2. Tuan Haji Fadzil Bin Jamaluddin                    (16/11/1995 - 03/05/1997)

3. Tuan Haji Abu Bakar Bin Mat                         (01/06/1997 - 01/08/1998)

4. Puan Hajah Rohani Binti Ishak                       (01/01/1999 - 20/05/2001)

5. Tuan Haji Mizal Azman Bin Sharif                  (16/09/2001 - 16/02/2002)

6. Puan Siti Maizon Binti Abu Bakar                  (16/02/2002 - 18/01/2007)

7. Encik Nadzir Bin Ali                                       (01/03/2007 - 15/06/2010)

8. Encik Khaliqul Zaman Bin Mohamed Sheriff (16/05/2010 – 15/01/2014)

9. Puan Hajah Rohaya Binti Shaari                    (16/01/2014 – 15/12/2014)

10. Puan Azma Binti Ismail                                     (16/12/2014 – sekarang)